OMS Energy Technologies Inc. Mengeluarkan Kemas Kini Operasi Pasca-IPO yang Menampilkan Pertumbuhan Pelanggan, Inisiatif Pengembangan, serta Pencapaian R&D dan Keselamatan

June 19, 2025 08:15 PM PDT | By EODHD
 OMS Energy Technologies Inc. Mengeluarkan Kemas Kini Operasi Pasca-IPO yang Menampilkan Pertumbuhan Pelanggan, Inisiatif Pengembangan, serta Pencapaian R&D dan Keselamatan
Image source: Kalkine Media
SINGAPURA, June 20, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- OMS Energy Technologies Inc. (“OMS” atau “Syarikat”) (Nasdaq:OMSE), sebuah pengeluar yang berorientasikan pertumbuhan bagi sistem kepala telaga permukaan (“SWS”) dan barangan tubular untuk industri minyak dan gas (“OCTG”), hari ini mengeluarkan kemas kini perniagaan yang menggariskan pencapaian terkini sambil Syarikat bersiap sedia untuk panggilan pendapatan sulungnya selepas berjaya disenaraikan di Nasdaq pada Mei 2025. Sorotan Operasi Kejayaan memperoleh pesanan baharu di Angola dan pembaharuan kontrak di Thailand; Asia Tenggara semakin menyerlah sebagai pemacu utama dalam pemerolehan pelangganPengembangan jejak perniagaan dan pertumbuhan kumpulan bakatPencapaian R&D dan kerjasama yang terus memperkayakan portfolio produkPeningkatan berterusan dalam pengurusan kesihatan pekerjaan, keselamatan dan alam sekitarInisiatif pembangunan yang mendorong kepelbagaian pendapatan dan mempertingkatkan kestabilan kewangan Encik How Meng Hock, Ketua Pegawai Eksekutif OMS Energy Technologies Inc., berkata, “Kami teruja untuk memulakan perjalanan kami sebagai sebuah syarikat awam dengan asas operasi yang mantap, diperkukuhkan oleh hubungan pelanggan dan kerjasama yang berkembang pesat, kehadiran jenama yang semakin meluas serta keupayaan R&D dan pembuatan yang canggih. Kami juga disokong oleh lembaran imbangan yang kukuh dan komitmen yang mendalam terhadap pengurusan kewangan yang berhemah, membolehkan kami melaksanakan strategi pembangunan dengan cepat dan fleksibel apabila peluang yang sesuai muncul. Dengan fokus pada perkhidmatan yang luar biasa dan dedikasi pada dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi, kami yakin dapat menyampaikan penyelesaian inovatif kepada pelanggan global yang semakin berkembang, sekaligus mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan.” Pertumbuhan dan Kepelbagaian Pelanggan Dengan menawarkan pelbagai produk kejuruteraan tinggi dan penyelesaian yang boleh disesuaikan untuk industri minyak dan gas, OMS berlandaskan asas kukuh kontrak jangka panjang serta hubungan yang telah lama dengan syarikat minyak global dan tempatan, kontraktor penggerudian, syarikat penerokaan dan pengeluaran (E&P) dan penyedia perkhidmatan medan minyak di rantau Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta Afrika Barat.

Syarikat ini baru sahaja memasuki pasaran Angola dan telah memperoleh surat anugerah melalui wakilnya di Timur Tengah untuk membekalkan sistem kepala telaga permukaan kepada Grupo Simples Oil di Blok KON-06, Lembangan Kwanza Darat, Angola, sekali gus memperluaskan kehadiran jenama OMS di Afrika Barat. Usaha pemasaran syarikat di Indonesia terus menarik pelanggan baharu, termasuk PT Seleraya Belida (Sumatera Selatan) dan Pertamina Hulu Sanga Sanga (Kalimantan Timur) serta mendorong pertumbuhan berterusan dalam jualan produk kepala telaga permukaan dan pohon Krismas. Pelanggan sedia ada OMS kekal menunjukkan tahap kesetiaan yang kukuh. Pada bulan Jun, PTTEP, pelanggan lama di pasaran Thailand, telah menandatangani perjanjian baharu selama tiga tahun yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2025, sekali gus mengukuhkan asas pendapatan Syarikat. Syarikat juga telah memeterai perjanjian pembekalan selama 10 tahun dengan Saudi Aramco pada awal 2024, dengan anggaran pendapatan tahunan antara $120 hingga $200 juta.

Selain itu, perjanjian harga tahunan syarikat dengan Halliburton terus menyokong jumlah pesanan yang kukuh di fasiliti OMS di Malaysia dan Singapura. Pengembangan Geografi dan Kumpulan Bakat OMS memiliki jejak geografi yang luas di rantau Asia Pasifik dan MENA yang kaya dengan sumber minyak, dengan 11 fasiliti pembuatan yang terletak secara strategik di enam negara (Singapura, Malaysia, Brunei, Arab Saudi, Thailand dan Indonesia). Dengan mengambil pekerja tempatan, menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam bidang kuasa tersebut serta memperoleh bahan bernilai tinggi secara tempatan, syarikat dapat memenuhi syarat untuk menyertai tender dan kontrak kerajaan, sekali gus meningkatkan daya saingnya. Pengambilan pekerja tempatan juga membantu OMS memenuhi keperluan program pemerkasaan tempatan seperti IKTVA di Arab Saudi dan TKDN di Indonesia, disamping memperkayakan kumpulan bakatnya. Syarikat kini sedang menerokai bidang operasi baharu untuk meningkatkan penguasaan pasaran serta meluaskan capaian global melalui pertambahan bilangan negara pengeksport.

Kemajuan dalam Pembangunan Produk & Pembuatan OMS telah melabur $1.1 juta dalam penyelidikan Pembuatan Tambahan (AM) bagi memacu kemajuan dalam pembangunan meterai logam untuk injap pintu tekanan tinggi-suhu tinggi (HPHT) milik syarikat. Pencapaian teknologi ini bukan sahaja menjanjikan inovasi malah turut menambah baik kecekapan rantaian bekalan serta membolehkan pemilihan bahan yang lebih baik bagi komponen kritikal. Sehingga kini, OMS telah menyelesaikan Fasa 1 bukti konsep, yang meliputi pemilihan bahan, metodologi pembuatan tambahan serta analisis tekanan ke atas komponen untuk memastikan kesesuaian, bentuk dan fungsi menggunakan kaedah ini. Syarikat terus melabur dalam R&D dan menjalinkan kerjasama dengan institusi terkemuka, seperti Singapore Institute of Manufacturing and Technology (SIMTech), bagi mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi industri. Pada masa yang sama, OMS giat memenuhi pesanan di bawah perjanjian jangka panjangnya dengan Saudi Aramco dan Halliburton Malaysia serta Singapura, dengan memanfaatkan kepakaran dalam pembuatan berketepatan tinggi dan lokasi strategik fasiliti untuk menghasilkan produk kritikal serta penyelesaian tersuai dalam tempoh yang lebih singkat.

Tahap penggunaan kapasiti pembuatan yang seimbang dan sihat membolehkan OMS memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan baharu dan sedia ada dengan lancar. Peningkatan Pengurusan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan dan Alam Sekitar Keselamatan dan perlindungan alam sekitar merupakan aspek penting dalam industri minyak dan gas serta menjadi asas utama operasi OMS. Syarikat memiliki pensijilan sistem pengurusan kualiti ISO 9001 dan API Q1 untuk semua tapak pembuatannya, serta ISO 45001–Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan ISO 14001–Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Baru-baru ini, OMS telah menyelesaikan audit pengawasan tahunan yang diperlukan bagi mengekalkan pensijilan ISO 45001 dan ISO 14001, satu langkah penting dalam pelaksanaan berterusan program ESG syarikat. Inisiatif Pembangunan Strategik Pertumbuhan mampan dan jangka panjang kekal sebagai keutamaan utama OMS.

Kerjasama R&D syarikat dengan Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura serta SIMTech mencerminkan komitmen syarikat terhadap kelestarian alam sekitar, merangkumi analisis kitar hayat, pemantauan kecekapan tenaga serta transformasi dan inovasi digital. Selain itu, OMS secara aktif menerokai pertumbuhan dan kepelbagaian pendapatan melalui pengambilalihan, usaha sama dan pakatan strategik. Dengan memacu pembangunan secara organik dan luaran, OMS sedang mewujudkan portfolio yang lebih tahan lasak dan seimbang, sekali gus memperkukuhkan lagi asas perniagaannya. PerihalOMS Energy Technologies Inc. OMS Energy Technologies Inc.

merupakan sebuah pengeluar berorientasikan pertumbuhan bagi sistem kepala telaga yang permukaan (“SWS”) dan barangan tubular untuk industri minyak dan gas (“OCTG”). Sebagai pembekal sumber tunggal yang dipercayai merangkumi enam bidang kuasa utama di Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), OMS menyediakan perkhidmatan kepada kedua-dua pengendali penerokaan dan pengeluaran di darat mahupun luar pesisir. Sebelas fasiliti pembuatan syarikat yang ditempatkan secara strategik di pasaran utama memastikan masa respons yang pantas, penyelesaian teknikal yang disesuaikan serta penyesuaian lancar kepada keperluan pengeluaran dan logistik yang sentiasa berkembang. Selain daripada penawaran utama SWS dan OCTG, OMS juga menyediakan perkhidmatan pemotongan benang premium untuk memaksimumkan kecekapan operasi pelanggan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ir.omsos.com.

Kenyataan Prospektif Maklumat dalam siaran akhbar ini merangkumi kenyataan prospektif seperti yang dimaksudkan dalam erti kata undang-undang sekuriti persekutuan. Kenyataan ini secara umumnya berkaitan dengan peristiwa masa depan atau prestasi kewangan dan operasi kami pada masa hadapan, termasuk kenyataan mengenai saiz, masa dan hasil yang dijangkakan bagi penawaran awam permulaan. Apabila digunakan dalam siaran akhbar ini, perkataan seperti “jangka,” “unjur,” “anggar,” “percaya,” “ramal,” “berniat,” “belanjawan,” “rancang,” “cari,” “bayangkan,” “unjuran,” “sasarkan,” “ramalan,” “mungkin,” “sepatutnya,” “akan,” “boleh,” serta bentuk negatif istilah ini dan ungkapan serupa bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan prospektif, walaupun tidak semua kenyataan prospektif mengandungi perkataan pengenalan sedemikian. Kenyataan prospektif adalah berdasarkan jangkaan dan andaian semasa pihak pengurusan serta tertakluk kepada ketidakpastian semula jadi, risiko dan perubahan keadaan yang sukar untuk diramal. Akibatnya, hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif ini.

Apabila mempertimbangkan kenyataan prospektif ini, anda harus mengambil kira faktor risiko dan kenyataan berwaspada lain dalam prospektus OMS. OMS tidak mempunyai kewajipan dan tidak berhasrat untuk mengemas kini kenyataan prospektif ini bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku selepas siaran akhbar ini. Anda diberi amaran agar tidak bergantung secara berlebihan kepada kenyataan prospektif ini, yang hanya merujuk kepada tarikh siaran akhbar ini. Untuk pertanyaan pelabur dan media, sila hubungi: OMS Energy Technologies Inc. Perhubungan Pelabur E-mel: [email protected] Piacente Financial Communications Brandi Piacente Tel: +1-212-481-2050 E-mel: [email protected] Hui Fan Tel: +86-10-6508-0677 E-mel: [email protected]


Disclaimer

The content, including but not limited to any articles, news, quotes, information, data, text, reports, ratings, opinions, images, photos, graphics, graphs, charts, animations, and video (Content) is a service of Kalkine Media LLC., having Delaware File No. 4697309 (“Kalkine Media, we or us”) and is available for personal and non-commercial use only. The principal purpose of the Content is to educate and inform. The Content does not contain or imply any recommendation or opinion intended to influence your financial decisions and must not be relied upon by you as such. Some of the Content on this website may be sponsored/non-sponsored, as applicable, but is NOT a solicitation or recommendation to buy, sell or hold the stocks of the company(s) or engage in any investment activity under discussion. Kalkine Media is neither licensed nor qualified to provide investment advice through this platform. Users should make their own enquiries about any investments and Kalkine Media strongly suggests the users to seek advice from a financial adviser, stockbroker or other professional (including taxation and legal advice), as necessary. Kalkine Media hereby disclaims any and all the liabilities to any user for any direct, indirect, implied, punitive, special, incidental or other consequential damages arising from any use of the Content on this website, which is provided without warranties. The views expressed in the Content by the guests, if any, are their own and do not necessarily represent the views or opinions of Kalkine Media.
The content published on Kalkine Media also includes feeds sourced from third-party providers. Kalkine does not assert any ownership rights over the content provided by these third-party sources. The inclusion of such feeds on the Website is for informational purposes only. Kalkine does not guarantee the accuracy, completeness, or reliability of the content obtained from third-party feeds. Furthermore, Kalkine Media shall not be held liable for any errors, omissions, or inaccuracies in the content obtained from third-party feeds, nor for any damages or losses arising from the use of such content. Some of the images/music that may be used on this website are copyrighted to their respective owner(s). Kalkine Media does not claim ownership of any of the pictures/music displayed/used on this website unless stated otherwise. The images/music that may be used on this website are taken from various sources on the internet, including paid subscriptions or are believed to be in public domain. We have used reasonable efforts to accredit the source (public domain/CC0 status) to where it was found and indicated it, as necessary.
This disclaimer is subject to change without notice. Users are advised to review this disclaimer periodically for any updates or modifications.


Sponsored Articles


Investing Ideas

Previous Next